Rakaman klip video ini telah dibuat pada bulan Disember 2010 yang lalu. Beberapa puluh kilo 'jongkong emas' telah berjaya didaratkan dengan selamatnya dari dalam Sungai Kahang.
Bagi penduduk setempat, terutamanya Kampung Sri Lukut yang menjadi penempatan awal di Kahang itu, jongkong emas dirujuk sebagai 'Udang Galah."
Kahang dan sungainya memang terkenal sebagai tempat memancing. Bahkan ianya syurga bagi kaki pancing. Airnya jernih, sejuk dan segar telah menjadi sumber pendapatan nelayan sungai terutama orang-orang Asli dan penduduk sekitarnya.
Bahkan di Kampung Sri Lukut itu juga terdapat beberapa gugusan dan cabang sungai yang saling berhubugan lalu membentuk Sungai Kahang. Antaranya Sungai Madik, Sungai Temigol, Sungai Lanjut, Sungai Pungkur yang kemudiannya bergabung dengan Sungai Semberong dan dialir ke laut melalui Sungai Endau Rompin.
Tidak mustahillah anda masih boleh memperoleh pelbagai khazanah hidupan merin air tawar yang segar sementelah Kahang dan sungai-sungainya terletak bersempadanan dengan Taman Negara Endau Rompin.
Beberapa kawasan dan tebingan sungai masih terpelihara. Hutan simpan kekal (yang tak berapa nak simpan) dan hutan kampung telah menjadi landskap yang menyuburkan hidupan merin di situ.
Sungai Kahang mempunyai potensi besar sebagai kawasan pertanian, pelancongan, riadah dan aktiviti air. Antara salah satu cabang Sungai Kahang ialah Sungai Temigol dan Sungai Madik yang mengalir merentasi Kampung Sri Lukut telah diwartakan sebagai Taman Rekreasi Hutan Kampung Temigol.
Beberapa kawasan dan tebingan sungai masih terpelihara. Hutan simpan kekal (yang tak berapa nak simpan) dan hutan kampung telah menjadi landskap yang menyuburkan hidupan merin di situ.
Sungai Kahang mempunyai potensi besar sebagai kawasan pertanian, pelancongan, riadah dan aktiviti air. Antara salah satu cabang Sungai Kahang ialah Sungai Temigol dan Sungai Madik yang mengalir merentasi Kampung Sri Lukut telah diwartakan sebagai Taman Rekreasi Hutan Kampung Temigol.
Gambar : Model cilik, Nasrun,bergambar kenangan di Sungai Temigol, Taman Rekreasi Hutan Kampung Temigol. |
Kalau dahulu sekitar tahun 1980-an, di sungai ini pernah dinaikkan ikan tapah seberat 40kg. Tetapi hari ini kemeriahan perikanan di situ semakin berkurangan. Ini disebabkan pencerobohan, pembangunan yang tidak terancangan dan pencurian balak di persisiran sungai. Sungai juga sering kali dipenuhi oleh keladak lumpur.
Kahang dan Semberong di bawah tadbiran Ahli Parlimen YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein bin Onn bin Jaafar. Sehubungan itu maza mohon menarik perhatian YB Dato' Seri untuk sama-sama kita usahakan agar khazanah ini bertekalan, menjadikan Kahang sebagai syurga memancing dan tarikan pelancong yang utama di Negeri Johor.
Lagipun memelihara alam juga tuntutan agama, tak gitew? ... hehehe
Hari ini hari Selasa, 1 Februari 2010. Ini bermakna Hari Wilayah. Jadinya, kengkawan yang tinggal dan bekerja di Wilayah Persektuan KL, Labuan dan Putrajaya, maza ucapakanlah selamat bercuti. Jangan main air banjir dan elakkan daripada ditimpa hujan.
Sambil-sambil itu mari kita menadah tangan memohon doa agar negara kita dijauhi dan diselamatkan daripada bencana banjir. Maza khuatir banjir kali ini merupakan banjir terbesar dan memusnahkan harta serta nyawa sebagaimana yang telah berlaku di Quesland, Brisbane di Australia awal tahun ini. Minta simpang dan dijauhkanlah hendaknya akan merbahaya itu.
Sebelum terlupa, marilah kita memelihara alam sekitar. "To preserve is to conserve!"
Ps: Terima kasih kiela_beez33 kerana sudi menjadi pengikut blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini. Sudi-sudikanlah juga menaip komen di sini. Segala komen kengkawan amatlah kami sanjung tinggi dan hargai. Psst: Jangan segan-segan gitew.. hehehe.. lantun jangan tak lantun.... *ketawa menyeringai, hahaha
Ps: Terima kasih kiela_beez33 kerana sudi menjadi pengikut blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini. Sudi-sudikanlah juga menaip komen di sini. Segala komen kengkawan amatlah kami sanjung tinggi dan hargai. Psst: Jangan segan-segan gitew.. hehehe.. lantun jangan tak lantun.... *ketawa menyeringai, hahaha
Maza, Tie pernah tinggal di Kluang dulu, selama 3 tahun. Abang selalu bawa balik udang galah, tak termakan tau.... dari sungai kahang tu laa...
BalasPadamOrang kata, kalau sungai tu ada udang, maknanya ada buaya laa...
Hati-hati Maza, kita takut buaya !
oh jangan risau... semua buaya-buaya di Sungai Kahang (kalau ada) manja-manja belaka.. siap boleh bikin bunyi meowwww, meowww gitew... hahahhaa
BalasPadampsst: ada seekor buaya ni dah lah tak ganas, baik hati dan encem lak tu.. *ahaks... larikkkkk....
Hehehe.. buaya yang satu tu kalau masuk sungai, buaya lain lari!
BalasPadam..xpe buaya2 kat sungai kahang skrg ni x ganas mcm dulu ..tapi jgn sampai dia naik atas darat ..aaa itu namenya buaya darat ..yg tu kena takut ..aa
BalasPadamuiks... yg berekor pendek itu memang nakal.. hahaha
BalasPadamOrang kata dimana terdapat udang disitu juga terdapat lubuk buaya. Betulker bro?
BalasPadamOrang kata dimana terdapat undang disitu juga dikatakan ada lubuk buaya. Betulker bro?
BalasPadamwowww..besarnya udang tuu maza...gian pulak nak mancing udang nie..bila kita nak mancing sama yaaa?? dkt sungai pinggan Benut pun dengarnya byk udang galah sepit biru...
BalasPadamdengar khabar dan mengikut teori begitulah...
BalasPadamsetakat hari ini maza belum pernah terserempak dengan buaya di sungai itu.. tapi biawak tu biasalah.. hehehe
maza suka saiz yg sedang2 aje....
BalasPadamkalau besar sangat isinya sudah liat... huhuhu
uiks... buaya yg ada dampingan tu.. hahahha
BalasPadamsyioknya mandi sungai..teringat kecik2 dulu suka mandi kat taliair depan rumah setelah bermain lumpur kat sawah belakang rumah..natsukashi..hihi
BalasPadamairnya sedalam paras dada itik jer.. hehehe
BalasPadambro minat mancing rupanya..:)
BalasPadambetul tu bro kena tingkatkan lagi kesedaran terhadap alam sekitar kita,
kebanyakn tempat riadah yg dikunjungi dulu skang ni dah makin teruk..
lama2 ntah tinggal apa je lg..
maza tak adalah minat sangat memancing...
BalasPadamsetakat layan gitew-gitew ajelah...
lantun jgn tak lantun.. hahahha
Wah, syoknya ada udang galah. Brp sekilo market price di sana Maza? :D
BalasPadamlebih kurang $40 sekilo.. huhuhu
BalasPadamtapi insyallah segar2 belaka... hehehe
dok dok mcm kenal jer..rupanya zaid abdullah..minta izin copy skit gambar tu.wat promotion.
BalasPadamsila promosikan kampung sendiri...
BalasPadamahaks..