Halaman

Sabtu, 12 Februari 2011

Cikgu semanis nira, semasam cuka...

Hari ini penulis hendak menulis pasal kehidupan sosial. Penulis bukanlah pemerhati sosial hebat, tetapi sebagai luahan karangan jantung, semanis nira, semasam cuka.*ketawa hahaha.

Gambar: sekadar hiasan

Pemarah, pembengis dan garang boleh menjarakkan hubungan terutama di masa-masa akan datang...

Kalau hendak garang sekalipun biarlah bertempat, jangan sampai anak-anak kecut perut walaupun melihatnya dari jauh...

Tindakan tegas adalah sebaik-baiknya dengan memberikan contoh tauladan yang baik-baik… 

Kalaulah garang sebgai ukuran yang wajib bagi setiap cikgu-cikgu, patutlah sesetengah cikgu tak mampu kawal perasaan lalu membelasah lumat punggung anak-anak..

Tak tahulah kalau cikgu2 malaya ini memang disuruh jadi garang mcm singa!

Apa yg makbapak harapkan ialah guru-guru yang berhemah, baik budi perkerti, dan tegas, mampu menjadi pendidik yang baik serta dikenang sehingga akhir hayat!

Dan tak pasti pula kalau garang macam singa itu benar-benar membantu anak-anak untuk tekun belajar... mengikut pengalaman yang lalu, dari kegarangan itulah ramai kawan-kawan yang tak mahu ke sekolah dek takutkan cikgu atau pergi sekolah sekadar utk lulus, memuaskan hati cikgu dan tak jadi pun insan yang CEMERLANG!.... apakah itu harapan rakyat negara ini?

Dan tak ada pun kata-kata di atas yg penulis menyuruh guru-guru menjadi lemah gemalai hingga anak murid menjadi melampau. Sebaliknya, kawallah sikap kegarangan itu jangan sampai terlepas hingga umum anak-anak murid begitu kecut dengan kita.

Tetapi kalau lemah gemalai yg dinyatakan oleh tuan empunya badan itu mampu mendidik anak bangsa menjadi insan jauh lebih berguna, apa salahnya?!

Anak-anak zaman sekarang bukannya zaman kita yg serba kekurangan. Pendekatan juga harus berbeza. Zaman kita mungkin zaman lepas penampar Jepun. Mak bapak dan cikgu-cikgu didedahkan dgn harimau, singa dan ular senduk. Tetapi anak-anak hari ini banyak terdedah dgn teknologi dan keterbukaan langit. Sepatutnya kita sbgi guru-guru dapat memberikan contoh yg baik dan bukannya sifat pemarah perlu ditonjolkan sepanjang masa hingga kecut perut dan ketidakpuasan hati anak-anak sampai ke mati?!

Lantaran itu bersederhanalah … selalunya cikgu-cikgu yg menunjukkan ketegasan, bersederhana dalam pendekatan didikan itulah cikgu-cikgu yang baik dan contoh tauladan seumur hidup kepada anak-anak muridnya…  dikenang sebagai pendidik yang agung… 

Jangan sampai orang mencemuh; anak sendiri kat rumah kemain dibelai-belai, anak orang kemain dilenjan-lenjan … akhirnya dari kegarangan tak bertempat itu memakan diri. Kita dibenci, silap-silap terlantar hendak mati pun tak da orang nak jenguk!

Sedangkan kita sendiri tak suka org marah-marah dan garang-garang, takkanlah kita hendak memaksa anak-anak untuk terima hidup dalam tertekan dengan menonjolkan sikap berang tersebut! Walhal kita sendiri pun benci tengok orang bermuka garang dan berperangai garang tak bertempat…

Apa yang penulis ingin sampaikan ialah pendekatan tegas adalah sebaik-baiknya. Di dalam kelas jika anak-anak tak membuat kerja sekolah yang diberikan haruslah diselidik dan didenda dengan sepatutnya. Tak perlulah menunjukkan muka garang tahap singa, yang letihnya kita juga. Impaknya barangkali lebih banyak negative terutama dalam pembentukan jiwa anak-anak…

Tak taulah penulis sekiranya memang menjadi kebanggaan dalam kalangan guru-guru jika dikenali sebagai cikgu garang yang amat seperti singa! Atau memang ada senario galakkan menjadi cikgu seperti itu…

Anda cikgu, anda makbapak.. cikgu-cikgu tentulah faham sebab dia berilmu dan dia juga seorang makbapak untuk kendalikan anak murid, lagipun anda belajar sekurang-kurangnya dapat diploma pendidikan dengan pendedahan ilmu psikologi anak-anak dan anda lebih tahu…saya bukan cikgu dan tak cerdik macam cikgu pun… sekadar lontaran pendapat makbapa yang tak sepandai cikgu… minta maaf ajelah…

*** Kengkawan bolehlah meluahkan karangan jantung semanis nira semasam cuka kengkawan itu. Kita kongsikan pendapat sahaja. Jangan  marah-marah, bincang baik-baik ya...*senyum hehehe

Lantun jangan tak lantun ... *hahaha

15 ulasan:

  1. setuju sgt!
    kadang2 cikgu2 ni tak nak dgr pendapat student psl Malaysia memandang tinggi bab2 siapa lagi senior, siapa lg byk makan asam garam, siapa lagi byk pengalaman etc etc
    student boleh dikatakan tak layak nak go against cikgu2 - unless involve parents utk settle kan dgn cikgu2

    cikgu2 tak nak dgr pendapat student, nak pulak suruh student dgr ckp
    adil ke mcm tu?

    sy ckp dr pengalaman sy sendiri je la kan walaupun sy rs zaman sekolah sy tak la teruk sgt
    tp, bagi sy, time sy skolah, time tu la sy boleh buat countdown bila la nak kluar dr skolah ni

    sekolah patut bimbing students, kan? bukan brainwash students semata2 nak up kan nama skolah

    marah bertempat ok la
    ni kalau marah psl student betul, tp ego punya pasal, xmau terima mcm mana pulak?

    sy rs skrg dah lain kot?

    BalasPadam
  2. Mungkin kalau budak2 sekolah rendah cikgu-cikgu bolehlah garang sikit kan sbb budak2 tu byk yg perlu ditunujuk ajar dan boleh paham mana yg salah dan mana yg betul. Tapi bila yg besar sikit tu.. gunalah sikit diplomasi kalau boleh terlebih dahulu. Biarlah budak2 tu enjoy pi sekolah dan masuk kelas. Bukannya sebab terpaksa.
    Dalam pada itu, menjadi pendidik memanglah tugas yg mencabar. Melahirkan insan yang berguna, berilmu dan berbudi pekerti tinggi lagi lah susah. Tahniah buat guru2 yg berjaya melaksanakan tugas tersebut. :D

    BalasPadam
  3. Haha.... ni mesti anak maza dapat cikgu garang, kan?

    Anak Tie dulu pernah cerita tentang teachernya yang garang. Siap baling selipar lagik! Tapi, dia tu suka bergaya. Garang-garang pun kelakor juga. Kalau anak muridnya puji betawa lawanya dia hari tu, terus baik semacam... kah kah...

    Kita pernah jumpa dengan cikgu tu. Siap puji melambung anak kita... Kita senyum jer, sebab dah tahu perangai dia.. Dia pernah mengajar ketiga2 anak2 Tie dan dia ingat semuanya.Segarang-garangnya dia punya sifat keibuan juga. Dia garang kerana nak semua anak murid nya fokus...

    Budak-budak sekarang ni suka melawan, tau Maza. Depan mak bapak pijak semut tak mati. Tapi, kat sekolah jadi samseng dan penyamun. Pernah seorang guru di sebuah sekolah asrama meluahkan rasa geramnya. Katanya, bukan main lagi cium tangan mak, ayah sebelum masuk hostel.... Padahal, dialah raja di hostel, jadi pembekal rokok lagik!

    Kalau maza ada problem dengan guru-guru garang ni, elok jumpa dengan mereka. Insyaallah, mereka ni kalau boleh tak nak garang-garang. Macam kita sebagai ibu di rumah. Sakit dada dan sakit tekak tau kalau asyik terpekik terlolong marahkan anak. Tapi bila anak dah tak makan saman, jawabnya penyangkut baju laaa.....

    Err.... maaflah sebab kita komen panjang kat sini. Kalau boleh nak cerita lebih, tapi tak sesuai laa....
    (komen kita ni khas untuk guru sek rendah jer.. kalau sek men memang kena guna diplomasi)

    BalasPadam
  4. cikgu² juga harap mak², bapak² selidik sendiri perangai anak²..

    ada yang kat rumah pijak semut tak mati, kat sekolah dinosaur pun dia tibai ;)

    Mungkin cikgu ramai yang stress sebab kerja² mengarut yang diberi agaknya maza..

    BalasPadam
  5. BETUL..SOKONG.. pendapat maza tapi SOKONG & BETUL jugak pendapat Encik Naman tu..

    BalasPadam
  6. Cikgu saya dulu garang kalau kerja sekolah buat sambil lewa dia akan lempar sahaja buku. Kalau bising dalam kelas jawabnya kapur masuk dalam mulut tak pun kena baling dengan pemadam papan hijau bertompok muka. Kalau rotan itu biasa mak bapa saya tidak pernah datang sekolah menyerang cikgu kerana kenakalan anak ini. Saya jadi manusia :-)

    Zaman sudah berubah mungkin ada ibubapa merasakan cara menangani anak di sekolah turut berbeza. Perlu diplomasi dan sebagainya

    BalasPadam
  7. pagi tadi pergi menghadiri hari bertemu ibubapa pasal Aiman akan menduduki UPSR tahun ini..guru penolong kanan tu cakap dia marah pada murid2 kerana dia mahu mereka berjaya dlm pelajaran..dulu masa sekolah bukan setakat kena marah, kena tampar dgn ustaz, kena rotan tangan dah merasa...

    BalasPadam
  8. setakat hari ini tak ada kena mengena dgn anak maza..
    sekadar perbincangan dan perihal guru yg amat suka menjaja dan berbangga digelar guru yg garang di sebuah sekolah sana..

    maza lebih suka pendekatan yg berhemah... lebih mulia..
    kerana maza tak suka dgn org yg garang2... kerana maza sudah puas hidup dgn manusia garang2 tapi sombong...

    disebabkan garang itu juga, ramai kawan2 sekampung yg menjadi mat dadah, pencuri dan sebagainya.. hanya segelintir sahaja yg boleh dikira berjaya..

    tetapi setelah bertukar sekolah, maza mendapat pengalaman baru, guru2 yg berhemah, berbudi pekerti tinggi telah membuka hati kami untuk terus maju ke depan... bukan sekadar lulus di dlm peperiksaan sebagaimana kehendak cikgu tetapi cemerlang dalam hidup!

    psst: maza suka berkongsi pendapat dgn kak tie.. dan maza amat menghargai dgn ulusan kak tie.. lagi panjang penuh dgn point lagi d very good derrrr.. hahahaha

    BalasPadam
  9. Dalam sekolah perlu seimbang.Perlu ada guru yang baik lemah lembut dan juga perlu ada guru yang digeruni.Jika semua guru baik dan lemah lembut sekolah akan dipijak-pijak oleh pelajar yang tak bersopan santun dan ibu bapa yang tidak menghormati guru.Jika semua guru digeruni, sekolah yang menjadi tempat yang ditakuti. Yang pasti ibu bapa harus memain peranan utama dalam mendidik sahsiah anak sendiri kerana dan tidak meletak tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.

    Tok Kebayan (Guru Veteran)

    BalasPadam
  10. Dalam sekolah perlu seimbang.Perlu ada guru yang baik lemah lembut dan juga perlu ada guru yang digeruni.Jika semua guru baik dan lemah lembut sekolah akan dipijak-pijak oleh pelajar yang tak bersopan santun dan ibu bapa yang tidak menghormati guru.Jika semua guru digeruni, sekolah yang menjadi tempat yang ditakuti. Yang pasti ibu bapa harus memain peranan utama dalam mendidik sahsiah anak sendiri dan tidak meletak tanggungjawab mendidik anak-anak seratus peratus kepada guru. Disekolah guru adalah pendidik, guru adalah ibu bapa, guru adalah tukang kebun, guru adalah kerani dan disetengah sekolah guru juga adalah tukang masak.Jadi ibu bapa haruslah membantu melanjutkan dalam mendidik anak-anak dirumah.Pendidikan tidak harus setakat di sekolah sahaja.Tapi itulah yang berlaku pada kebanyakan institusi keluarga sekarang.Tanggungjawab pembentukan sahsiah dan pembelajaran anak-anak diletakkan bulat-bulat kepada sekolah dan guru.Balik dirumah kebanyakan ibu bapa menganggap pendidikan anak-anak mereka telah selesai disekolah dan tak perlu disambung di rumah.Fikir-fikirkanlah....

    Tok Kebayan (Guru Veteran)

    BalasPadam
  11. Neeza tak suka cikgu garang.. kalau cikgu tu garang tak bertempat, neeza akan ingat dia sebagai cikgu jahat.. hehee.. tapi ada jugak cikgu garang bertempat.. dan membantu kita jadi pandai.. yang tu bagus.. ;)

    BalasPadam
  12. setuju dgn pendekatan yg berbeza, ada hati murid yg 'kering' dan ada juga yg mudah tersentuh, jadi guru sebenarnya boleh menggunakan pengalaman mereka untuk berdepan pelajar yg berlainan sikap

    BalasPadam
  13. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, memang ramai cikgu yang garang. tangan sentiasa ada rotan. ratusan kali saya rasa penangan rotan tu. Walaupun saya OKU berkerusi roda, takde pengecualian. Memang sakit kena rotan, tapi kita tahu apa salah kita. Kenapa roti panjang tu singgah kat tapak tangan dan atas belakang.. Takde sekelumit dendam pun berputik sebab kita tahu kita dirotan sebab kita salah. Akhirnya rotan tu la kenangan manis bila dah nikmati kejayaan demi kejayaan sekarang.

    Cikgu yang garang sangat diperlukan di sekolah. tapi garang yang berhemah. bukannya garang nak tiru singa. Dalam garang kena tunjuk teladan. Baru la murid suka dan ibu bapa dapat terima..

    BalasPadam
  14. Intan cakap cikgu kelas dia garang...

    saya tanya ' takut tak?

    dia cakap ' tak"

    kenapa?

    sebab kadang2 cikgu buat lawak....

    BalasPadam
  15. salam,
    kdg2 cikgu perlu berlakon.. bukan nak garang pun tapi kalau tak berlakon garang anak murid naik lemak..
    tapi bab tegas tu memang penting..
    itu sebab kalau dah kata biar kota dan sebelum berkata2 tu fikir dulu akibatnya..
    mendidik murid sekolah rendah dan menengah tidak sama..
    seperti didikan dalam islam.. masa kecil kita perlu tegas dan memberi hukuman yang wajar tapi bila dah besar (menengah) mereka adalah rakan yang perlu didampingi..
    kalau semua didikan bermain dengan psikiologi.. rasanya tak tercapai matlamat yang diingini..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini