Halaman

Ahad, 30 Januari 2011

Tenang sudah ada jawapan

Hari ini Piliharaya Kecil Tenang sudah pun dapat ADUN baru. Piliharaya kecil kali ini dimenangi parti BN iaitu parti memerintah di Johor. 

Tahniah kepada yang menang iaitu YB Azhar Sulaiman. Buat Cikgu Normala Shamsudin (PAS) teruskan check and balance, tak perlu patah semangat. Ini proses demokrasi, begitulah adatnya. Apatah lagi Johor ialah kubu kuat BN. hehehe...

Sepatutnya keadaan di Tenang kembali tenang seperti sediakala. Tetapi lain pula ceritanya. 

Sekitar DUN Tenang sedang menghadapi becana banjir. Banyak kawasan digenangi air. Maza yang melalui jalan tersebut untuk pulang ke KL dari kampung beberapa kali terhalang perjalanan. Air bah melimpahi jalan. Mujur juga selamat sampai ke rumah.


Gambar 1: Hujan-hujan begini pekena biskut mayat dengan kopi o halia tentu mencongkam gitew... hahaha
Dengar khabar daerah Kluang mulai naik air. Ini petanda bah akan melanda Johor. Jadi kengkawan yang ada di Johor hati-hatilah. Elakan daripada bermain air bah. 

Kecuali menangkap ikan di lokasi yang terpilih macam maza bikin masa balik kampung di hujung minggu ini. makan ikan sungai segar; ikan lampam, sebarau, perik, sekawan, jelawat dan macam-macam. Isinya manis sehhh.. asyikkkkk....hahaha
Gambar 2: Sungai Temigol ketika belum dilandar bah! Sekali dilanda bah, sekali itu pasir berubah, alahai..

Sekarang maza mahu tenangkan diri pula ... selamat bertugas ya kengkawan...


12 ulasan:

  1. kalau jadi mcm dulu satu johor banjir bahaya juga tu..
    harap tak berlaku seperti tu.

    BalasPadam
  2. Hujan sejak semalam tak menunjukkan tanda akan berhenti.. Bagi yang tinggal dikawasan yang mudah dinaiki air, bersedialah.

    BalasPadam
  3. Kat ulu ni dah lebih seminggu hujan laa Maza.

    Orang sini panggil tu sekut tawar. Biskut mayat tu yang petak kecik-kecik dan keras tu.

    Cantik lak gambar kat bawah tu.. sejuk mata memandang.

    BalasPadam
  4. sebenarnya di Kahan tu dah hujan lebih 2 minggu...
    dia org tgh siap sedia takut2 banjir besar berlaku lagi...
    mak pun dah cakap, raya tahun baru ni tak ke mana2, stanby katanya.. hehehe

    biskut mayat kat kampung maza selagi yg bentuknya segi empat dan tawar, itulah biskut mayat.. hahaha

    terima kasih tie.. hehehe

    BalasPadam
  5. Gunung Lumut tak pernah tenggelam kan?
    hahahah

    BalasPadam
  6. kena cadangkan pada mufti Johor yg baru itew.... solat hajat dan doa tola bala.... huhuhu

    BalasPadam
  7. tenang sudah tak tenang nampaknya....

    air sungai tu nampak menariklaaa... dalam tak?

    BalasPadam
  8. paras dada itik jer... ahaks....


    setakat tinggi neeza, insyallah kalau berdiri masih mencecah ke dasar sungai lagi.. hehehe

    BalasPadam
  9. memula terkonfius kejap... apehal Azhar Seleman... owh... lawan ngan Normala Samsuding rupenyerrr... ;p ada-ada je la abg Maza ni

    BalasPadam
  10. heheh... salam che maria..
    dah lama tak jenguk sini, terima kasih kerana sudi jengah2 maza, *gedik ahaks.. hehehehe

    BalasPadam
  11. Air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya :-)

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini