Halaman

Selasa, 18 Januari 2011

Lain dicari, lain pula diketemui.. alahai...

Semalam Iqhuan datang bertemu Salman. Mereka berdua sudah lama berkawan Cumanya Salman baru pindah ke taman perumahan itu. Salman masih belum fasih dengan kawasan baru tersebut.

"Eh! Ke mana kau semalam? Kau janji nak jumpa aku kat masjid. Aku tunggu kau bagai nak rak, dari Maghrib sampai ke Subuh, kau tak muncul-muncul juga!" Iqhuan menyoal seraya menyuakan air kopi di kedai Mamak Khalifah.

"Semalam aku guna GPS ni cari masjid. Aku pun ikutlah direction sepatuh-patuhnya. Pergi punya pergi, sampai-sampai aje yang temui ialah Restoran Naina! Masjid yang aku cari tak jumpa. Sudah bertukar jadi restoran agaknya. Lepas tu aku pun pekena roti canai dan teh tarik special kat situ. Habis pekena aku pun baliklah," helah Salman sambil tersengeh-sengeh bak kerang busuk.

"Tulah kau! Semua gadget yang ada kat pasaran ini semua kau nak beli. Nak guna. Dah macam inspector gadget dah. Ini mesti gadget kau tu tak cukup up-to-date?"

"Mana ... aku baru update tahun lepaslah"

"Tahun lepas kira dah usang dah woiii ... ni aku dah update peta yang terbaru. Tapi gadgetnya masih lama lagi lah. Aku guna GPOS. Insyallah boleh jumpa punya. Dan tak perlu bergantung harap pada isyarat satellite."

"Eh! Apa tu GPOS? Aku tak pernah dengar pun."

"Global Positioning System PAKAI OTAK SENDIRI!" balas Iqhuan sambil menahan ketawa dengan berlindung di balik cawan kopi yang hendak diteguknya itu.

14 ulasan:

  1. Sabar saja... hihi..hmm..okla tu.. walau camne canggih pun gadget2 terkini, otak manusia tetap paling canggih!!

    BalasPadam
  2. Lawak pagi ke ni Maza.. he he :D
    Anyway, nice one. Boleh pakai ni utk buat loyar buruk sama kawan2 nanti.

    BalasPadam
  3. Kita tak ada gadget gitu, lagi pun kami dok kat hulu je.

    Tapi tang gadget dapur tu memang Tie minat. Sekarang ni tengah cari potato curler yang simple tu. Tie punya dah lesap entah ke mana.

    BalasPadam
  4. hehehe....

    kasik ceria di pagi aje gitew abg mail.. heheh

    abg mail maza sudah plugin kan TOP COMMENTER kat sidebar tu.. tapi tak berfungsi lah fulaks.. aderkkkkk

    BalasPadam
  5. kekadag ada gadget seperti GPS itu lebih banyak membawa kesusahan dari kesenangan.. contohnya tiba2 isyarat satellite di luar liputan.. mahu jenuh boleh terbabas dari haluan.. hehehe

    BalasPadam
  6. guna kompas pun volleh, kan? heheheh

    BalasPadam
  7. Kalau bertanya kepada orang pun jumpa masjid. Haa..haa..

    BalasPadam
  8. pernah guna GPS untuk ke langkawi. lalu jalan dalam bermula dari sg. besar sampai lah ke taiping. memang hanya bergantung kepada Garmin itu je. sebab langsung tak tahu jalan dalam ini

    BalasPadam
  9. Maybe sebab Maza pakai Disqus, dia tak compatible kot? Kena tanya pengguna Disqus la, apa widget yang sesuai. Instant Debate pun ada widget sendiri utk top commentator, maybe Disqus pun cam tu jugak. Nanti kita google sama.. he he..

    BalasPadam
  10. Salam Maza..
    Aku tak dak lagi GPS ni...masih pakai peta manual lama tuh haha...tapi tak boleh baca kat JB..jalan pun dah tak ada.. :)

    BalasPadam
  11. hahaha...kalau nak gi masjid tu, ada aje seribu daya..hahaha

    BalasPadam
  12. maza tak pernah guna untuk ke sana lagi..
    biasanya guna peta yg dibeli di station minyak aje.. hehehe

    BalasPadam
  13. hahahah...

    pakai peta manual jangan lupa bawa kompas sekali.. hahahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini