Disember 7, 2010 - Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Di situlah tempat maza dan keluarga telah berkhemah.
Seekor ayam dan ikan siakap siap dirempah ratuskan dan dibakar di sisi khemah. Nasi goreng sudah terhidang di dalam bekasnya. Salad digaulkan dengan 'thousand island' dan 'mayonis' di dalam mangkuk. Sos cili dan sambal kicap pencecah ikan siakap terletak di tengah-tengah hidangan.
Bau dari ayam di bara pembakar BBQ itu menusuk hidung membuatkan perut semakin gelodak. Sambil melirik tajam ke aras pembakar berkuasa arang ditabiri oleh asap; air liur meleleh terliur.
Tikar dibentang luas di hadapan khemah dan anak-anak membuas di atasnya. Elok ayam dan ikan siap dibakar, tangan-tangan ditadah memohon doa keberkatan. Habis doa terus tangan-tangan itu terjun dan mencubit membawa lari ayam, ikan dan salad ke pinggan masing-masing.
Usai makan, kami terus ke gigi sungai. Apa lagi sisi berendam diri. Badan dan hati disejukkan sambil-sambil menenangkan jiwa yang meronta sebelum hari bekerja tiba.
Secara umumnya maza amat berpuas hati berkelah di kawasan ini. Tempatnya bersih, terjaga, kemas dan segar.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama maza ke sini. Maza pernah pergi ke kawasan rekreasi ini pada tahun 1996/97. Tatkala itu masuk adalah percuma.
Harga tiket: Parkir kereta RM3.00, Dewasa RM2.00, Kanak-kanak RM1.00. Jika bermalam di dalam khemah, satu khemah RM10.
Taman rekreasi Sungai Congkak yang maza ceritakan ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Chalet dan kawasan perkhemahan yang terjaga, kemas dan berpasukan keselamatan ada disediakan.
Maza juga sempat merakamkan wajah-wajah riang pengunjung di situ. Dan sudah pasti gambar-gambar potret ini telah mendapat kebenaran daripada tuan badan.
Sepekara lagi, jangan tanya nama dan alamat mereka. Maza tak ingat, sudah! huhuhhu
Jadi kengkawan, jika mahu tenangkan jiwa dan menyejukkan badan, moh ler kita ke Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor ... hehehe

(Gambar: Papan tanda gerbang, "Congkak Park & Resort"
dan bukannya "Jangan Pandang Belakang Congkak" ya kengkawan)

leh main congkak...
BalasPadamada virus tikus....ayukkk!!!
BalasPadamvollehhh.. hehehhe
BalasPadamabg tebok tak nak main pondok2 kat situ juga ke?
ku dulu main kawin-kawin...masa kecik..
BalasPadamPernah pergi ke Sungai Congkak dulu.. masa zaman student :)
BalasPadamsekarang lagi best woo..
BalasPadammeh ler.. .
Tu la.. rasanya macam lebih best dari dahulu kalau lihat gambar-gambar tu..
BalasPadamDah lama tak mandi Jeram ni hehehe,
BalasPadamPs : Maza, Potret kau tu dah buat aku was was nak pilih gadis Melayu atau Maghribi hehehe :D
lama x ke sana..bila nak ke jeram skng ni terus ke sg tua je sbb dekat..mmg best sg congkak ni..
BalasPadamalaaaaaa maza xamik gambar guna slow shutter speed?
BalasPadamhuhuhu.. sedih gak kan..
BalasPadamsebenarnya maza dah cuba banyak kali guna slow shutter speed... tapi, tapi, tapi tak cun disbbkan cuaca yg mendung memanjang dan asyik tak jadi jer..
lagipun tangan masa tu ketaq sbb dah berendam kat dlm air sungai yg sejuk tahap salju gitew.. huhuhu... sedih kan..
Insyallah nanti maza cuba lagi.. hehhehe
(terima kasih adila kerana bagi cadangan yg best2 ini.. love it.. heheheh)
Masa abg pergi kat situ rasa memang best sangat... bersih, suci dan segar yg amat.. cuma mendung aje huhuhu....
BalasPadammeh ler kita buat trip gitew..
err.. apa kata pilih yg 'tulen' aje? hahahaha
BalasPadamtentunya ini bukan lokasi yang digunakan David Teoh untuk pengambaran filem Pandang Belakang Congkak..hehe
BalasPadamsalam bang Nadri..
BalasPadamsudah banyak kali saya menyinggah ke blog daddy sana, tapi tak boleh komen....
setiap kali mahu komen terpaksa login Wordpress yg mana saya tak ada akaun..
harap maklum ya bang.. huhuhuhu
lamaaaaaaaaaaaa dah pergi sana
BalasPadamskrg ni kalau nak piknik je.....adeih...3 minit dah sampai belakang rumah tu
dtg le Air Terjun Serendah
wah... tuan tanah sudah ngajak ni.. hehehe
BalasPadaminsyallah akan sampai, memang ada dlm perancangan pun.. cuma tengah cari masa skrg ni.. hehhehe
Salam Kanda Maza.....
BalasPadamSumpah!!! Sumpah.....cantik & menarik tempat peranginan ni. Gambar yg ekau shoot pun kebaboommmmm.....cun gitu !!
:)
zyma.. thanks..
BalasPadamberendam pun kebabommm gak tu. eheheh
BismillahiRahmaniRahman...Askum...mana cantik tempat didunia ni ke atau Allah Sang Pencipta?mngapa kta perlu bsumpah utk mnyenangkan hati sesama makhluk.sdgkan tiada pujian kpd Allah yg aku cintai dan sayangi...Demi Allah Azawajalla.Allah yg Maha Agung.tiadalah sy lakukan ini melainkan hnya mengingatkan kpd sekalian makhluk.jgnlah alpa dgn kecantikan dunia.tp alpalah kpd Allah swt yg mciptakan keindahan.Nikmat didunia ni x dpat temani kt di alam kubur yg gelap lg bsendiri.sayangi dan cintailah Allah Azawajalla dsetiap pergerakan kamu...
BalasPadamwahai makhluk...tenangkanlah hati kamu bsama Sang Pencipta[Allah Azawajalla].dan jgnlah kamu tenangkan hati kamu kpd yg dcipta-Nya...
BalasPadamterima kasih di atas ingatan ini.. alhamdulilah.
BalasPadamada pun kecantikan alam ini perlu disyukuri kerana yg kita pandang akan kecantikan itu datangnya dari Allah SWT.. Sedangkan Allah SWT mahu kita menyaksikan betapa hebatnya akan Dia yg dengan kekuasaan Ketuhanan Yg Selayak Bagi-Nya mampu melakukan apa sahaja...
lantaran itu, entry ini ditulis untuk mengingatkan kita juga kepada Allah SWT yg menjadikan alam luas terbentang ... ada yg dijadikan-Nya amat indah dipandangan mata manusia dan ada yg mendatangkan mudharat...
bukankah setiap sesuatu yg dijadikan oleh Allah SWT itu tidak sia-sia kecuali mempunyai makna dan manfaatnya?...
Lantaran itu, sebagai makhluk ini saya amat menyukuri dengan keindahan alam tersebut yg diciptakan dengan Nama Allah jua.. Disebabkan itu juga alam tersebut atau makhluk tersebut telah menjadi asbab kepada ketenangan jiwa lalu mengajak manusia lain agar menikmati keindahan ciptaan Tuhan...
rasanya tidak menyalahi hukum syariat mahupun hakikat dengan mengajak saudara2 yg lain ke tempat yg boleh menenangkan jiwa?! setahu saya jiwa yang tenang dan segar bugar mampu merapatkan hati kepada Sang Pencipta-Nya dgn lebih akrab.. Dan Tidaklah Tuhan menjadikan makhluk dan alam ini dengan sia-sia melainkan ada gunanya.. Makanya Sg. Congkak ini gunanya adalah tempat yg mendamaikan dan menenangkan jiwa selain tempat2 yg terdapat di dalam dunia ini.. Dari itu juga tersematlah rasa SYUKUR DI ATAS NIKMAT TUHAN!
benar tenangkan jiwa dengan zikirullah... dengan berzikir hati menjadi tenang dan mendapat pahala rahmat dari Allah SWT...
BalasPadamMelihat keindahan dan mensyukuri nikmat keindahan apa yg diciptakan-Nya adalahh sebuah anugerah rahmat pemberian Allah SWT juga. Lantas menjadikan asbab ketenangan jiwa, mendamaikan hati.. dan ia pun mendapat pahala dan rahmat daripada Allah SWT di atas kesyukuran atau setidak-tidaknya manfaat yang ada bersama di atas keindahan itu (kedamaian)..
Setiap kejadian Tuhan yg diciptakan bukanlah sia-sia.. ia memberi manfaat kepada makhluk dan sesama makhluk.... keindahan makhluk tersebut adalah sebagai alat penghubung (asbab) kepada ketenangan jiwa...jiwa yg tenang dan bersih mampu melihat kehebatan Allah SWT selanjutnya membersihkan hati dan mendamaikan jiwa!
Jadinya, untuk menjadikan hati itu tenang ialah dengan dua cara yg saling berkaitan iaitu: -
1) mengintai Allah SWT (berzikir, solat, doa dan sebagainya).
2) mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT. (dlm hal ini keindahan alam) yg diciptakan untuk makhluknya...
sepekara lagi untuk sampai kepada jalan Allah SWT memerlukan dua jalan juga iaitu:-
1) Hablulmina Allah (Berbuat baik kepada Allah SWT - menuruti arahan dan meninggalkan larangan, termasuklah mensyukuri rahmat Allah SWT)
2) Hablulmina nas (berbuat baik sesama makhluk - termasuklah sesama manusia, alam, binatang dan jin juga)
Jadinya, jika pincang salah satu antara 4 perkara yg disenaraikan itu makanya hati belum putih seputih-putihnya... masih diluar lingkungan pengetian dalam Syahadah (laillaha illallah wa Muhamdan rasulullah)
atau tuan bisa menerangkan lanjut?! Jika ada, pintalah tuan memberikan pencerahan kepada saya yg sememangnya jahil ini...
khemah kte sewa gn dye ke?
BalasPadamada option.. boleh sewa..
BalasPadamdan boleh bawa sendiri..
selamat bercamping gitew. heheh
sg congkak is a really nice place
BalasPadamYeap I do agree with you...
BalasPadamkat sungai congkak ni ada kena mendaki sket ke??? tnya ni sbb nak buat bbq..tkut berat nk bawak barang2 =)
BalasPadam..yeap memang adalah,
BalasPadamtapi kalau sewa tapaknya, mungkin boleh minta pada pengawal utk terus bawa kenderaan ke tempat perkelahan... apa2 hal pun berunding dgn pengawal adalah cara yg paling patut..
selamat berkelah.. hehehhee
Zed.. ko gatai..
BalasPadamhahaha