Halaman

Rabu, 29 Disember 2010

Malaysia Diganyang Indonesia tetapi Menang!

Malam ini lengkaplah perlawanan akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Jam 9.55 malam (waktu Malaysia) tamatlah sudah pertandingan bola sepak akhir pusingan kedua yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia.

Perlawanan akhir pusingan kedua ini telah menyaksikan Malaysia tewas kepada Indonesia dengan 2-1.
Malaysia telah mendahului gol yang dijaringkan oleh Safee Sali untuk mendahului 1-0 melalui jaringan padang yang sangat cantik.

Namun Indonesia membalasnya melalui rembatan pemain pertahanan Nasuha (jersi no. 2) hasil muntahan tampanan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi.



Gol kedua yang merupakan gol kemenangan Indonesia adalah hasil daripada gol sendiri. Ia bermula diatas kesilapan tandukan pemain Malaysia (Fadhli) untuk mengeluarkannya dari masuk ke gawang di kotak penalti. Tendangan berbahaya itu dibuat oleh Ridwan pemain sayap kanan Indonesia.

Akhirnya Safee Sali telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak untuk kejohanan ini dengan 5 gol.

Walau pun Malaysia tewas di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, namun berbekalkan gol kemenangan dari perlawaan akhir pusingan pertama di Kuala Lumpur dengan 3-0, Malaysia buat kali pertamanya dimahkotakan sebagai Juara Piala AFF Suzuki.

Dengan itu, Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia dengan aggregate 4-2.

Ini bermakna pasukan Malaysia (Harimau Malaya) telah menamatkan kemarau kejuaraan selama 14 tahun iaitu semenjak pembetukan piala tersebut pada tahun 1996.

Hari ini juga ternukilah sejarah bahawa Malaysia telah kembali menjadi harimau bola sepak Asia dan ia patut digeruni.

Tahniah pasukan negara!!!

Syukur alhamdulilah ... sebuah kecemerlangan tercipta di sebalik tirai 2010 hendak dilabuhkan.

Berikutan kejayaan ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib telah mengistiharkan bahawa esok (31 Disember 2010 = Jumaat) ialah cuti umum untuk negara!


(Gambar hiasan: Anaknya Jalil & Zainab)

Jika boleh maza katakan 'man of the match' rasanya maza akan memilih Khairul Fahmi penjaga gawang negara. Walaupun dibolosi dua gol, tetapi dari ketengkasannyalah banyak lagi percubaan-percubaan berbahaya dapat ditangkis dan terselamatlah gawang Malaysia.

Tahniah kepada jurulatih kebangsaan K. Rajagopal kerana berjaya membawa anak didiknya berjaya ke peringkat yang cukup manis ini.

20 ulasan:

  1. yup..derang main sgt best..walaupun banyak asakan dr pemain indo..good game ;)

    BalasPadam
  2. Tahniah buat pasukan Malaysia :) Yey!!

    BalasPadam
  3. sayang tak dpt tengok gol malaysia masa 1st half pasal tertidor...esok boleh cuti...

    BalasPadam
  4. bila indonesia boh goal.. sy xtgk trus ekekeke~ :P

    BalasPadam
  5. Mereka menang dalam kesediha, kita kalah penuh kegembiraan :D

    BalasPadam
  6. main mcm ni ler kalau kalah pun tak ghalat.. kan? hehehhe

    BalasPadam
  7. Yahooo!!!
    esok boleh cuti gitew.. hahahhaa

    BalasPadam
  8. Org gomen cuti ler..
    org swasta belum tau lagi weiiii.. huhuhu

    BalasPadam
  9. CEHHH!! Budak techik nieee.. nak kena gheghet? hahahahha

    BalasPadam
  10. kata Wak Parjo dari tanah Jakarta situasi begini dikira seperti menang-menang (win-win situation)...

    bagi maza lak, karang tak bagi 'chance' kat dia org tu nanti takut balik kena buluh runcing dengan kumpulan bendera!
    hahahhaha

    BalasPadam
  11. betul..keeper kita memang terbaiklahhhhh!!

    BalasPadam
  12. Tak acilah bagi cuti hari Jumaat. Di sini memang dah cuti pun.

    BalasPadam
  13. kalau dia dapat reward dari kerajaan aku rasa memang patut pun!
    incentive dan contoh ukt semua team.. hehehe

    BalasPadam
  14. uiks.. suri rumah pun ada cuti gak ek? hehehehe
    tapi tak pe, semangat itu penting..

    psst: kak tie, suruh abg cuti hari ini la.. ganti hari Jumaat gitew.. hehehe

    BalasPadam
  15. Saya tak mahu cuti..saya mahu kerja.. :D

    BalasPadam
  16. Setuju Fahmi "man of the match" kerana penalti yang diselamatkan itu adalah seawal minit ke 17. Bayangkan kalau masuk, sure tertekan pemain-pemain Malaysia dan tambah bersemangatlah Garuda2 mengasak. Kedua-dua gol Indonesia pun bukan silap Fahmi.
    MVP saya rasa patut jadi milik Safee Sali yang gol2 nya almost single-handedly bawa Malaysia jadi juara! :D

    BalasPadam
  17. Salam sdr Maza...
    Dah lama rasanya tunggu saat kebangkitan bolasepak kita. Mudah-mudahan pasukan ini akan terus memberikan persembahan yang cemerlang dan konsisten...
    Salam kenal dari Abgreds..

    BalasPadam
  18. thanks bro kerana sudi datang ke gubuk kecil ini.. huhuhu

    yaep betul.. kegembiraan itu menyebabkan suara maza memecahkan sunyinya malam.. teriakannya sudah melewati rasa malu ...hahahhaha

    BalasPadam
  19. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan tanniah kepada skuad Harimau Malaysia. Didalam pada itu juga khabaran beberapa tonggak pemain di pancing oleh negara luar dan saya faham situasi pemain agak sukar menolak tawaran lumayan pada masa sama liga tempatan tidak menjanjikan apa yang bakal diperolehi nanti.

    Nasihat saya buat keputusan sebijak-bijaknya peluang datang sekali. Samada bermain liga tempatan atau luar negara tanah tumpahnya darahku tetap sama

    BalasPadam
  20. ada peluang, sapu jerlah kan.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini