Atok seorang pejuang handalan tatkala zaman penjajahan dahulu. Ketokohan nasionalisme, patriotik dan pembela agamanya begitu menyerlah tatkala negara dilanda darurat akibat penganas komunis.
Pernah maza dengar yang atok juga anak murid Kiai Salleh di Batu Pahat itu.
Semangat juangnya tidak pernah padam malah sentiasa berkobar-kobar walaupun usianya sudah menginjak 90 tahun. Akibat terlalu bersemangat itulah hingga terbawa-bawa setelah negara aman.
Atok sentiasa bersikap berwaspada terutama perihal Bangsa Cina. Kata atok, Cina itu komunis. Komunis anti Islam. Komunis tidak beragama. Atok benci komunis. Atok pernah tetak ramai komunis.
Jadinya, setiap orang Cina memasuki kampung, setiap kali itulah atok akan merenung dan mengintipnya dengan teliti. Salah hemat Cina yang berniaga sayur itupun dihamunkannya.
"Berambus kau dari sini. Berambus! Atau kau nak aku *tut* dengan parang ini?" sergah atok satu hari kepada peraih Cina yang tersalah pakir motornya di halaman rumah.
Tetapi sekarang atok dah meninggalkan kami. Hampir dua puluh tahun lalu dia kembali kepada penciptanya.
Lagipun kita sudah lama merdeka. Semenjak dari bangku sekolah lagi kita diajar untuk hidup bermaufakat. Hidup dalam harmoni, saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa. Kita bangsa Malaysia.
Dari nilai permaufakatan itulah maza sekarang ini tidaklah "sesemangat" macam atok itu. Semangat maza terarah kepada semangat muhibah, semangat dakwah Islamiah ... ini tidak bermakna atok tidak Islamik ya kengkawan. Latar hidup atok dan maza sudah berbeza. Jadi harus pedekatan kita juga berbeza tapi dari segi prinsipnya tetap sama. Akidahnya sama, syariatnya juga sama.
Hendak dijadikan cerita, jika atok tahu yang maza makan di kedai makan Cina (yang halal ya kengkawan) sudah tentulah maza akan menerima habuan percuma dengan kepala disekeh atau ditunjal. Paling tidak pun kena piat di telinga. aderkk ... huhuhu
Pernah ketika kami menonton tv yang memaparkan adegan keluarga Cina sedang menggunakan penyepit untuk makan, lalu atok memberikan khutubah yang panjang lebar. Atok melarang kami meniru perlakuan tersebut. Katanya makan guna sepit nanti boleh tersepit lidah dan sesudah itu kami akan mati kelaparan kerananya.
Sepekara lagi atok cakap guna penyepit seolah-olah tidak menghargai tangan yang sempurna.
Pada satu hari kami adik-beradik bermain pondok-pondok. Kami gunakan ranting kayu sebagai penyepit makanan olok-olok kami. Tiba-tiba atok sergah dari belakang.
"Ko nak jadi Cina ke?! Pengotor! ... bla ... bla ... bla," herdik atok.
Baru-baru ini maza suka sangat menjamu selera makanan ala-ala Cina. Kali ini maza menikmati hidangan mee kantonise dengan semangkuk chicken compo! Air pula air teh madu limau. Asyikkk... hehehe
Maafkan maza atok kerana tidak berapa nak patuh dengan patang larang atok itu. Maza sekadar ingin merasai pengalaman dan rasa keenakan makanan dari kaca mata bangsa lain melalui budaya mereka. Namun perihal akidah, syariat dan agama tidak sama sekali kami kompromi ....
Lokasi: Restoran de5, Seksyen 5, Kota Damansara.
Salam malam Jumaat kengkawan...

ermm...nak tanya sedap tak makanan yg maza makan kat de5 tu?
BalasPadam:) Biasa la orang dulu-dulu.. Atuk saya pun sama!
BalasPadammengikut firasat dan tekak yg mengada2 ini.....maza rasa boleh tahan juga...kalau tak masakan asyik nak mengulang2 aje.. heheh
BalasPadampsst: ada satu lagi restoran cina Muslim yg menghidangkan makanan Cina di sunway damansara kat sebelah Old Town Kopi Tiam... kat situ insyallah tanpa was-was gitew makanannya pun boleh tahan juga.. hahaha
uiks! kita serupa tapi ... tak sama kan....hahaha
BalasPadamsampai sekarang saya tak pandai guna chopstick..
BalasPadammaza..saya suka tengok gambar2 kat blog ni...nice.
dolu2 pun maza tak pandai gunakannya juga..
BalasPadampernah terpelantik penyepit itu.. heheh
... terima kasih kerana menyukai blog ini..
tanpa kengkawan mcm ieda ini, siapalah maza kan.. huhuhu
setuju ngn maza...akidah dan syariat tetap same walaupun dimana kita berada...
BalasPadamkadang2 layan jugak makan ngn chopstick ni..siap beli 2 set lagi...hehehe
pssst...ape yg penting? yg penting kerjasama....:D
pernah ade amoi cakap..."eh, you pakai chopstick macam tulis pakai penlah..."...adoi...tak tau..ni nak puji ke nk kritik...keh3
BalasPadamhahaha... hafiz, kat rumah maza pun sama, ada simpan selonggok penyepit itew... bikin buat makan mee meggi atau mee goreng gitew.. gedik santai, kannn.. hehee
BalasPadamMemang cam tu Maza.. Org2 lama mmg ingat sangat dengan kekejaman komunis dulu. Mana le depa nak lupa. Tapi sesekali try chop stick best jugak kan? Ada stylo ckit... :D
BalasPadamlagi lak bila tertengok citer God of Kitchen atau wok with Yan (filem cina) itew.. hehehe
BalasPadamlagi ler mencongkam mahu cuba masakan dia org, kan? hehehhe
Nak guna chopstick orak reti. Letih kalau kena dajal pakai chop stick tentu berlapor :-)
BalasPadamhahaha...
BalasPadammaza pernah terkena.. tapi buat muka sposen guna garpu lima jari.. hehehe
gue pun tgh blajo menggunakan chopstik..
BalasPadamheheeeee
saya pun tak berapa pandai makan guna chopstick.
BalasPadamhehe.
Tie bolehlah guna chopsticks tu sikit-sikit, sebab masa sekolah dulu dah biasa guna. Sekolah convent memang ramai pelajar bangsa Cina.
BalasPadamRasanya semua orang tahu betapa ramai Chinese Muslim terutama di negara China sendiri. Mengguna penyepit adalah budaya mereka jadi tiada masalah kalau kita menirunya. Seronok tengok kisah kehidupan Chinese Muslims di TV2 baru-baru ini (tak ingat di daerah mana lak)... Maza pernah tengok tak? Terutama cara mereka buat mee dan masak campak-campak tu....
elok rasanya dgn chopstik dari lipstik.. hahha
BalasPadamtak berapa pandai guna chopstick, tapi pandai makan beef stick sudahlah kann... hehehe
BalasPadamalamak kak tie, maza tak tengok lah...
BalasPadamsejak akhir2 ini balik rumah dari tempat kerja selalu lewat.. huhuhu
sy xreti guna chopstick haha
BalasPadampegi la kedai cina ke jepun ke.. bila mknan sampai sure sy akan mintak sudu garfu hihihihi
mujur gak minta sudu dan garpu.. kalau minta kendi nak basuh tangan lagi ler haru.. hehehehe
BalasPadam