Halaman

Ahad, 28 November 2010

Koboi Tropika


(Gambar: Koboi tempatan bersahaja dengan sandal lapoknya*hahaha)

Minggu sudah maza sempat singgah di Zoo Melaka. Sampai sahaja di lapangan pakir kereta terus menonong ke gerai di situ. Apa lagi, maza mencari topi untuk melindungi kepala dari terik matahari sambil dibuat cenderahati.

Panas terik di tengah hari itu tidak membataskan pergerakan kami sekeluarga untuk menjelajah Zoo Melaka yang entah kali ke berapa kami melawat ke situ.



(Gambar: Sedang menanti giliran)

Selain melayani kerenah anak-anak yang semakin membesar dan mahu kenal lebih dekat tentang alam sekitar, sempat jugalah maza dan anak-anak bersenda gurau.

Sambil-sambil itu maza mahu membuktikan kepada Pn. Azma (Yang Teristimewa) yang tidak percaya maza telah melakukan Hippotherapy dengan berkuda. Huh! Tak percayalah sangat tukan... *huhuhu

Maka saksikanlah kengkawan kehebatan maza berkuda di cuaca hangat tropika. *hahaha

(Gambar: Kuda padi yang katek)

Maza menunggang kuda yang besar bapak itu dengan tiket RM4.00 untuk dua beranak sekali pusingan kadang kuda sebesar duopolohlima kali kangkang beruk chimpanzee itu.

Kata worang di kampung maza, berkuda dan memiliki kuda ibarat memiliki sebuah kereta mewah. Paling tidak berjenama Mercedes bermata belalang atau bermata hantu itew.. *huhuhu

Meh ler kengkawan kita berkuda!... Yeee haaaa!!!!



(Gambar: Menunggang dengan sopan sebelum memecut *hahaha -ketawa jahat)



(Gambar: "Hello, kami pergi dulu ya." (sila baca berintonasi mat salleh *hehehe-ketawa eksyen))



Gambar di atas membayangkan kepuasan maza setelah bergedik santai dengan kuda. Dua beranak ini beraksi macam koboi baru lepas mengembala lembu di padang ragut *hahaha

20 ulasan:

  1. ho la..ok la.. sebab dah ada bukti kan baru boleh percaya..hihi.. Nampak syok je buat hippotheraphy tu..hehe..nak join skali la..

    BalasPadam
  2. lupa lak..time kasih sbb mengglamerkan ma kat sini ekk.. ahakss..

    BalasPadam
  3. Uwaaaaaa....... waaakakakaka..........

    Kesian kuda tu... Mesti pinggangnya sakit!

    BalasPadam
  4. kalau ma nak tunggang kuda, elok pakai kuda Arab yg besar kedabak itu...
    hehehehe

    BalasPadam
  5. koboi zaman moden..ala2 Jessie James gitew...

    BalasPadam
  6. macam la kita ni genuk gedemol samapi suh naik kuda arab tu..huhu..

    BalasPadam
  7. dah eh. tak habaq lagu tu ishkk....

    kalau naik kuda arab yg besaq kedabak tu.. feel menungang lain sikit.. dan rega tiket pun mahal.. huhuhu

    BalasPadam
  8. Jessie James bermisai nipis berselipar menunggang kuda.. hahahhaa

    BalasPadam
  9. Pistolnya mana bro? :) Koboi tak de pistol tak best la.. Haha

    BalasPadam
  10. mana boot koboi..
    x koboi le pakai slipper je ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  11. Pistol masih kat kedai dobi.. hahaha

    BalasPadam
  12. boot tengah repair.. kena gigit keldai.. hahaha

    BalasPadam
  13. abg koboi, mana pistolnya? takkan bawak keris je kot? he he

    BalasPadam
  14. Pistol nya abis battery .. kena caj dululah...
    hahaha

    BalasPadam
  15. pergh...mmg macam koboi...nasib baik tak pakai seluar koboi..pistol sebelah...mantap2...

    BalasPadam
  16. Teringat semasa pergi Australia boss minta belikan topi cowboy dan saddle kuda. Tentang topi cowboy tu paham ler dan binatang apa pula saddle kuda. Rupanya pelana kuda atau alas kuda. :-)

    BalasPadam
  17. hahaha.. maza pun baru tahu nama bendalah itew..

    BalasPadam
  18. pastikan kuda jantan yg arab punya besaq kedabak tu ya misi... heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini