Halaman

Selasa, 12 Oktober 2010

Taman Rekreasi Kampung Temigol, Kg. Sri Lukut, Kahang, Johor



10.10.2010 (Ahad) - Kampung Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor mempunyai taman rekreasi yang bernama Taman Rekreasi Kampung Temigol.

Nama Taman Rekreasi Kampung Temigol diambil sempena nama sungai, kampung dan jalan Temigol yang membentuk salah satu gugusan kampung-kampung di Kampung Sri Lukut.

Kampung Sri Lukut berada dalam kawasan Parlimen Sembrong di bawah pimpinan YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Malaysia (2010).



Bagi penduduk setempat Taman Rekreasi Temigol lebih dikenali sebagai Jambatan Biru (JB).

Ini disebabkan jambatan lama yang merupakan jambatan kayu telah digantikan dengan jambatan konkrit. Penghadang kiri dan kanan jambatan ini telah diwarnakan biru. Warna biru itulah Taman Rekreasi Kampung Temigol mendapat jolokan nama Jambatan Biru.

Jambatan yang merintangi Sungai Temigol ini menghubungkan kampung dan pintu kunci air Sungai Madek, Kahang. Orang kampung memanggil pintu kunci air ini sebagai 'gate'.

Gate atau empangan kecil di Sungai Madek telah dibina sebelum perang dunia kedua lagi. Kegunaannya ialah untuk pengairan sawah Kahang (sawah Kampung Sri Lukut juga dikenali sebagai Sawah Kahang).

Sungguhpun begitu, kawasan gate merupakan kawasan larangan bagi orang awam masuk.

Dahulu, Sungai Madek menjadi tempat punca pendapatan nelayan sungai. Pertemuan kuala dan persisiran sungai Madek inilah yang membentuk kampung Kahang; sebelum wujudnya Felda Kahang Timur dan Felda Kahang Barat.

Sebelum pembinaan gate, kawasan berhampiran Sungai Madek merupakan kawasan penempatan Orang Asli. Hari ini penduduk asal itu sudah dipindahkan ke kawasan baharu. Antara penempatan Orang Asli yang berhampiran dan masih boleh ditemui ialah di Kampung Peroh Batu 26, Kampung Orang Asli Batu 25 serta sekitar lembah dan sungai Lenggong-Madek.


(Gambar: Sebahagian palang penghadang jambatan yang berwarna biru)

Kawasan rekreasi Temigol dilengkapi dengan tapak perkhemahan, tandas dan beberapa buah pondok (wakaf). Kawasan ini siap dibina prasarananya pada tahun 2005 (kalau tak silap maza).

Tidak jauh dari taman rekreasi ini (sekitar 300 meter) terdapat chalet untuk disewa. Letaknya berhampiran sawah yang terbentang luas saujana mata memandang. Dari sini anda boleh melihat panorama indah tatkala matahari terbenam atau terbit.

(Gambar: Kanak-kanak keriangan bermain di pelantar sungai)

Taman Rekreasi Kampung Temigol yang jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan bandaraya amat menenangkan fikiran. Pokok-pokok hutan mengelilingi kawasan taman rekreasi memberikan anda udara segar, nyaman dan bersih.

Jika anda menginap lama dan seorang kaki pancing, anda boleh mencuba untuk melabuhkan joran. Dalam musim-musim tertentu anda boleh mengail udang galah, lampam, sebarau, tapah, keli, haruan, baung dan macam-macam lagi spesis hidupan merin sungai.

Suasana pagi di sini sungguh dingin, nyaman dan segar. Keadaan kampung yang damai disulami dengan keramahan penduduknya mampu mengembalikan nostalgia anda ke alam desa permai.

(Gambar: ebahagaian dari kehidupan di kampung.
G
adis kampung menungang motosikal bersahaja.)

Kawasan chalet itu nanti akan maza paparkan pada entry yang akan datang.

Bersesuaian sebagai taman rekreasi kampung, ia sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang terdiri daripada anak-anak kampung dan orang luar.

Taman Rekreasi Kampung Temigol semakin dikenali sehingga keluar negara kerana kedamaian, alam semulajadi yang masih terpelihara dan amalan pertanian padi organik.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya anda terserempak dengan pelancong asing dari negara barat seperti Australia, German, Sweeden, England dan sebagainya. Juga pelancong-pelancong dari negara Asia seperti Bangladesh, Indonesia, India, Jepun, China, Pakistan, Kompucha, Vietnam, Thailand dan Singapura. Pendek kata seperti catatan dalam Hikayat Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang; taman rekreasi ini dilawati pelawat dari 'negeri atas angin' dan 'negeri bawah air'.


(Gambar: Airnya yang sejuk, jernih dan mengalir lesu menambahkan kesegaran kepada tubuh badan jika berendam di situ. Terutama tatkala musim kemarau atau panas, ramai penduduk kampung akan bermandi manda di sini)

Taman Rekreasi Kampung Temigol diserikan lagi dengan beberapa acara tahunan seperti perkemahan pengakap, pertandingan sukaneka anjuran penduduk kampung atau gerakan belia, pertandingan karaoke dan sebagainya.

Untuk ke sini, anda perlu melalui Bandar Kluang atau Mersing. Kampung Sri Lukut terletak 45 km dari Bandar Kluang menghala ke Mersing. Dari simpang Kampung Temigol di Kampung Sri Lukut, anda perlu berkenderaan sejauh 3 km untuk sampai ke destinasi Hutan Simpan Kekal Lenggong yang menempatkan Taman Rekreasi Temigol ini.

(Gambar: Antara pelancong dan penduduk kampung yang
bersantai di taman rekreasi ini)

Sepanjang 3 km itu anda akan menempuhi kawasan perkampungan tradisional dan sawah padi.

Kampung Sri Lukut dahulunya dikenali sebagai Kampung Kahang Bt.28 atau Kampung Melayu Kahang.

(Gambar: Sungai ini tidak mempunyai lintah yang merbahaya
kepada pengunjungnya, terutama wanita lorr ... heheheh)

Sekiranya anda berminat hendak berkunjung ke sini, anda bolehlah berhubung dengan maza ataupun Ketua Kampung, Kampung Sri Lukut.

(Gambar: Jejaka berbaju hijau, tanda pencinta alam [wanita!?])

Akhir kalam, selamat beristirahat. Luas mengembara, luas pandangan, banyak pedoman dan berkembanglah fikiran.


Tinta emas: terima kasih kepada sedara Airi Rahim kerana sudi menjadi pengikut blog maza yang tak fofular ini... hehehe


entry promote kampung sendurik.... hehehe


34 ulasan:

  1. dia punya gambar....uish...macam seronok je nak bercuti ke situ...next time bolehlah book kan chalet,, he he he...konon2 bukan balik kampunglah... he he he...

    BalasPadam
  2. bestnye..terasa2 sejuknya air kat situ tambah2 kat sini panas terik skang. Nak tanya, nape gambar moto atas skali tu? mmg sgt berkaitan ngan entry ni ye??? Ke.... hik hik hik.. gurau2 ye abg maza...

    BalasPadam
  3. Amboi....
    Ni ambil gambor orang (terutama anak dara tu..) dapat kebenaran ke ? Hehe.....
    .
    .
    Dah lama tak masuk hutan.. dan main air. Jeles lak!

    BalasPadam
  4. elok berkhemah dari chalet...baru adventure gitew... hehehehe

    BalasPadam
  5. elok berkhemah dari chalet...baru adventure gitew... hehehehe

    BalasPadam
  6. motor kat atas sekali tandanya pulang ke kampung naik motor aje.. huhuhu

    dan ia juga memberi isyarat bhw KEMBARA JALANAN bermula lagi...

    hehehhe

    BalasPadam
  7. err... tu rasanya anak Paad, cucu pak lebai..

    lagi pun paparazi, main rembat jerk... heheheh

    BalasPadam
  8. Promote jangan tak promote... Cuti Cuti Kluang 2010. He he.. Kawe org Johor tak pernah pun pegi tempat nih. Masa kecik2 dulu balik pegi Air Panas Gunung Ledang aje... Lagipun tak ramai suku sakat yg rapat2 di Kluang. Silap, ramai sebenonya tapi tak tahulah malas kenape! Maybe gambo2 ni boleh menaikkan semarak utk turun ke daerah Kluang nanti. Tahniah untuk Maza Photography.

    BalasPadam
  9. tenang je kawasannya..

    BalasPadam
  10. setenang air mata ibu....

    uwakkk.. tiba2 maza teringatkan emak.. nak balik kampungggg...
    huhuhuhu

    BalasPadam
  11. maza juga ada sedara mara di Muo tu..ramai.. bahkan mak pun dari sana...
    dan kami tak rapat mana pun..

    raya lepas maza gagahkan juga mengajak emak beraya ke muo.. rupanya RAMAI giler sedara mara.. hehehe

    BalasPadam
  12. maza juga ada sedara mara di Muo tu..ramai.. bahkan mak pun dari sana...
    dan kami tak rapat mana pun..

    raya lepas maza gagahkan juga mengajak emak beraya ke muo.. rupanya RAMAI giler sedara mara.. hehehe

    BalasPadam
  13. cantik tempatnye..tenang dan nyaman saje...

    cantik gambar2 yg maza ambil..bleh jadi photographer hebat ni..ade bakat terpendam :D

    BalasPadam
  14. Huhu..ms sy g..tak nmpak pn chalet2 nih sumer..
    Yg nmpak atap umah maza jerk..
    Tp mmg best pn kg maza..
    Msh hijau lagi..sejuk jerk suasana kg nyer..
    Insya-Allah..ada ms sy dtg lg..
    Ry hj nnti jmpt dtg umh mk sy..

    Bkn aper..leh pau rm raya ntk bb baru sy..hehehe

    BalasPadam
  15. sy budak baju hijau.
    nk gambr budak baju hijau leh..
    x pon yang mana berkaitan hantar kat email...
    mr.otacio@yahoo.com

    BalasPadam
  16. Uiks..
    welcome to my blog..
    insya-Allah akan diforwardkan gambar itu....
    tungguuuu...

    BalasPadam
  17. hahhaa...
    maza masih dlm mood budak tadika.. merangkak2 lagi..
    hehehhe

    BalasPadam
  18. entry gunung lumut pula, apa macam?
    heheheh

    BalasPadam
  19. salam doc...
    terima kasih kerana singgah..
    tapikan, gambarnya tidak ler secantik gambar doc punya...

    aku baru nak belajar doc.. hehehhe

    BalasPadam
  20. sbb masa tu, katanya dia paksa bini dia ikut sekali dan cover line

    BalasPadam
  21. kita sama-sama worang kampung, kan..

    hehehehe

    BalasPadam
  22. bangganya jd anak jati sri lukut kannnnn.........

    BalasPadam
  23. Yang naik motor tu ank Intan ke ????

    BalasPadam
  24. salam maza.
    x tahu pulak kat kluang ada tmn rekreasi kg Temigol..yg k.zue tahu gunung berlumut dan gunung lambak je. terima kasihlah krn mmberi tahu klu tak mmg x tahu langsung.

    maza...dah jadi agensi perlancongan lak...

    BalasPadam
  25. menurut kata kawan yg berbaju hijau dlm gambo kat atas tu.. mcm tu ler!

    dah besar dah kan anak dia..
    hehehehe

    BalasPadam
  26. kann.. hehehe
    meh ler kita citer kampung kita.. kasik promot dan majukan ekonomi mak ayah kita kat kampung tu..

    mana tau, kendai pak puasa boleh bertukar supermarket lepas ni.. hehehe

    BalasPadam
  27. hehehe...

    maza menulis bukan sbb jadi agensi pelancongan...
    mahu memperhebatkan dan meperkayakan ekonomi makayah kami di kampung..
    asyik tempat worg aje kita kisahkan. apa salahnya kita introduce perihal kampung sendiri yg terang2 sudah ada produk pelancungan tersendiri.. betul tak?

    meh ler k.zue mai kami naaa. hehehe

    BalasPadam
  28. best gak kg aku ni. mesti ramai org teruja nak gi.

    BalasPadam
  29. JOM kita pakat2 balik kampung mandi kat JB..
    heheheh

    BalasPadam
  30. Theschwanenfeldgallery13 November 2010 pada 9:55 PTG

    Assalamualaikum kepada Abang Maza, daripada saudara Singapura.

    Saya seorang para pemancing dan setelah membaca blog entry abang, serta membuat kajian secara online tentang daerah Kampung Sri Lukut dan Sungai Madek di Kluang, saya ingin ber-planning trip memancing kepade Taman Rekreasi Kampung Sri Lukut ini dan di Sungai Madek yang saya berfahami berhampiran dengan kampung ini. Banyak soal-soalan yang saya hendak tanya, tetapi saya tidak dapat mencari e-mail Abang Maza di blog ini.

    Dengan izin abang maza, saya hendak ber-email anda soalan-soalan saya.

    Maaf kalau Melayu saya hancur dan melawakkan. Orang Melayu Singapura muda tak pandai cakap Melayu, bahasa setengah masak.

    Muhammad Firdaus bin Said Kamil

    BalasPadam
  31. terim kasih kerana menunjukkan minat terhadap kampung tersebut.

    Encik Firdaus nanti saya hubungi melalui email yang Encik Firdaus bekalkan itu

    BalasPadam
  32. da lm xblik kg da...da stay kt klg jek...kawan2 still de kt stu...rindu nk mndi JB....dlu slu g mndi stu...hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini