Halaman

Rabu, 9 Jun 2010

Aqlan; lepas menelentang, meniarap pula.

Terasa sudah lama menelentang. Perlukan sesuatu untuk kemajuan. Lalu usaha dilipat kali gandakan. Cuba dan mencuba. Akhirnya, minggu lepas Aqlan Sholehin telah menampakkan perkembangan yang positif.

(Gambar: Aqlan berusaha keras)

Hari ini dalam sejarah, buat kali pertama usaha keras Aqlan telah membuahkan hasil. Akhirnya dia berjaya meniarap walaupun badannya agak debab!

Tatkala ini Aqlan berusia lima (5) bulan.

(Gambar: Kejayaan manis akhirnya dikecapi)

Alhamdulilah proses tumbesaran Aqlan berjalan lancar. Namun sedikit gundah untuk ayahnya. Kerana terasa umur makin meningkat.


(Gambar: Apa macam sekarang? Ada baik ka?)

Diharapkan Aqlan Sholehin terus dalam keadaan sihat walafiat. Ayahanda dan bonda doakan agar Aqlan menjadi seorang yang kuat lagi soleh!.. ameeennnn

(Gambar: Letih juga ya? Rehat sehhh.. kasi bertenaga dulu)


(Gambar: Erk! Ayah, berapa banyak latihan yang perlu saya buat ni?)

(Gamba: Apa macam, wokay tak saya ni?

(Gambar: "sebenarnya untuk berjaya kita kena tabah dan banyak belajar. Latihan itu penting," terang Aqlan setelah berjaya meniarap)


2 ulasan:

  1. alahai comelnya si maja tu..agaknya skr dia dah brpa bukan ya..heee

    BalasPadam
  2. sehingg saat ini 3/July dia berumur baru 6 bln gitew...

    heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini