Halaman

Jumaat, 15 Mei 2009

Kembara Jalanan: Ke Nara

Mei 13, 2009 (Rabu) – maza telah dijemput oleh mat lan dan Cinta ke satu majlis makan malam.


Mereka berdua berhajat benar hendak membelanja maza.


(Gambar: Menatapi Sisa-sisa Akhir Sebelum Pulang)

Untuk tidak menghampakan sesiapa pun jua, jam 9.00 malam maza penuhi undangan mereka. Kali ini destinasi pilihan ialah di Restoran/ Warung Nara, di Bukit Angkasa.


(Gambar: Mat Lan kekenyangan. Lihat sahaja perutnya yang sudah berisi itu)

Majlis makan malam ini dihadiri oleh maza, Mat Lan, Cinta, Angah dan Faizal.

Hidangan istimewa di situ ialah ayam golek Nara.

Ayam goleknya memang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Pernah keenakan dan keunikan ayam golek tersebut mendapat liputan akhbar arus perdana beberapa tahun lalu.


(Gambar: Faizal, Tuan Tanah, Cinta, Angah. Mat Lan tukang ketip gambar)


Mereka yang berkerja di RTM di Angkasapuri, Kuala Lumpur amat kenal dengan restoran yang satu ini.

Tentang keenakan ayam golek Nara ini hanya boleh digambarkan melalui gambar di bawah!


(Gambar: Habis. Licin)

Ibarat ikan pirana menghurung mangsanya. Ayam golek tersebut selesai, berbaki tulang temulang dan sayuran hiasan sahaja dalam masa sepuluh minit.

Jika anda hendak ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Warung Nara, Bukit Angkasa, berhampiran Pantai Dalam, Kuala Lumpur ini.

Terima kasih kepada Mat Lan dan Cinta. Terima kasih daun keladi yea.. hehhehe

Untuk nekcun dan kengkwan yang lain, kalau sudah terliur atau mahu mencuba keenakan ayam ini, jangan lupa jemput maza dan mat lan sekali ya!


hehhehehe


2 ulasan:

  1. fuh! terliur juga ambe tgk ayam menggolek sebegitu rupa


    p.s-sayur hiasanpun ambe bedal...hehe

    BalasPadam
  2. hahaha... sekarang harga ayam golek kat situ boleh tahan juga.. RM20 seekor.. uhuk!

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini