April 19, 2007
Siapakah gadis manis ini? ... Begitu ayu sekali!
Tetapi Awas!!! Dia bukan sebarangan...
Biodata
Nama: aida
Tarikh lahir: 20.03.19xx
Kelahiran: Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan
Profesion: Pensyarah
Tarikh lahir: 20.03.19xx
Kelahiran: Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan
Profesion: Pensyarah
Aku menemuinya secara kebetulan. Aku tidak tahu yang dia juga pelajar di pusat pengajian tinggi tempat aku belajar dahulu. Cuma berlainan kolej dan berlainan kuliah.
Jarak usia kami tidak jauh. Aku sinior setahun darinya. Kami berkenalan setelah aku tamat pengajian dan gadis ini masih lagi di semesta pertama tahun akhir.
Masa freshie (first year) dia ditempatkan di Kolej Kediaman ke-4. Aida juga merupakan bekas pelajar Asasi Sains.
Ramai rakan-rakannya tinggal sekolej dengan ku. Maka tidak hairanlah kalau dia begitu mudah mengenali ku. Apatah lagi sesudah kami bertentangan empat mata, maka lebih menyenangkan untuknya mengenali rapat. Dan tugasku pula menjadi mudah untuk sesi ta'aruf.
Sebelum ini aku tidak pernah perasan kelibatnya. Jauh sekali membayangkan raut wajah manisnya itu.
Segala-galanya bermula di hari raya tahun 2001.
Ya! telefonlah punya angkara. Telefon itulah juga penyebab hatiku diculik bersamanya.
Suaranya yang lunak menerobos jantungku yang kesepian. Bahasa yang sopan itulah menjadikan jiwaku runtun.
Sebaik berpeluang melihat kelibat wajahnya bersama pakaian sopan itu, gadis ini telah berjaya mencuri lalu menukarkan hatiku menjadi 'cair'.
Api cintaku kembali berkobar, marak dan segar! Pantas hatiku mengatakan dialah pilihan jodohku.
Masih segar di ingatan, pertama kali kami mengadakan temujanji ialah ketika cuti Tahun Baru Cina 2001. Kedai makan Sofea di Bukit Angkasa itulah batu tandanya.
Sebelum ini, cara kami berhubungan ialah melalui telefon. Dan sekali sekala e-mail menjadi orang tengah.
Sungguh! Dalam sesak. Dalam keadaan aku yang bekerja terumbang ambing itu, bil telefon yang melambung tinggi sudah tidak ku perkirakan. Sudah tidak hairankannya lagi.
Ketika itu aku bekerja di sebuah kilang di Kluang, Johor. Kilang ini memproses papan lapis dan kayu bergergaji.
Gaji sebagai operator mesin di Bintang Plywood Sdn Bhd hanya beberapa ratus sahaja. Cukup untuk ku menyuap nasi ke mulut, sedikit untuk ibu tersayang dan selebihnya ku laburkan dalam bil telefon.
Sungguhpun demikian, aku juga tidak lupa menyimpan Ringgit Malaysia untuk bekalan. Walaupun adakalanya hanya duit besi yang berbaki, aku tetap tegas memasukkannya ke dalam tabung uzurku! Manalah tahu tiba-tiba aku dipanggil temuduga atau aku sudah jadi gila nak menikah? Sekurang-kurangnya aku sudah sediakan landasannya.
Kami berkenalan tidak lama. Seingat aku sekitar empat hingga enam bulan. Dan setelah aku mendapat kerja agak baik di kota Kuala Lumpur, aku mengikat tali pertunangan dengannya. Masa itu bulan Oktober 10, 2001.
Selepas setahun enam bulan, kami pun bernikah pada 16 Mac 2003. Setengah tahun lebih awal daripada tarikh janji pertunangan itu.
Itulah bak kata orang, rezeki dan jodoh di 'tangan' Tuhan.
Alhamdulillah... syukur kepada Allah s.w.t, kerana memberikan kami peluang untuk hidup bersama, lalu langkah selanjutnya ialah berkenal-kenalan pula sebagai tanda "kenal pada diri, kenal pada yang Jadi."
HARAPAN
Harapanku dan doaku saban masa sentiasa mengiringinya.
Aku amat berharap agar dia dapat mencapai makam isteri solehah, dan sememangnya dia di mataku seorang isteri yang solehah, lembut, baik budi pekerti, akhlak yang mulia. Mudah-mudahan Allah tempatkannya di syurga Illahi kelak bersama-sama zuriat kami di sana.
Maafkan abang sayang, sekiranya selalu mengabaikanmu. Pemimpin ini masih sahaja mengharapkan keredhaan Allah dan sedang berjuang untuk memperolehinya.
Kepada Ma (KOMA), terima kasih kerana mengeratkan lagi perhubungan kami, hinggalah kami ke jinjang pelamin.
Dialah penyeri hidupku, mutiara hatiku, temanku, kasihku tertumpah keatasnya.
Sayangku, ku nukilkan wajahmu di sini sebagai tribute kenangan indah kita.
by maza
salam abg maza tewww.. syahdunyerrr ghitewww
BalasPadamHi hi hi......
BalasPadamRomantiknya......
Huuuuu...terharu la baca nukilan Maza kali ni. Bukan senang nak jumpa lelaki bergelar suami yang buat entry camni...
BalasPadamSemoga Maza dan isteri serta Nasrun (eh, Nasrun masa kekecik ke tu? :) ) juga bakal anak2 Maza yang lain diberkati Allah jua...amin...
en_me - hehehe, cuma nak menghargai isteri.
BalasPadampendek kata macam kenang daku dalam doamu jualah...heheheh
Tie- jangan tak caya aaa....hhehhehhe
Lela- aminnnn...
maza... romantis sekali :)))) kita pulak rs terharu.. bagusnya maza buat tribute untuk isteri :)
BalasPadamsemoga bahagia milik maza!!! amin.. :)))
nono Farahshila
BalasPadamhehehe...
rakaman dibuat takut2 kenangan indah itu terbuang begitu sahaja....kata org tua2 waste of memories....heheehe
Terharu saya baca sob sob ;'))
BalasPadamheheh..cerita ni dah lama sangat.. maza sendiri pn dah lupa..
BalasPadamantara cerita yg mula2 maza tulis dlm dunia blog.. hehehhe
thanks nono...
hehehe.. insyallah maza akan sampaikan salam itu..
BalasPadamwah tak sangkat bendalah LinkWithin ni effective gak ya. hehehhe.. WOW! gitew...
Psst: tu hari ada banyak gak komen kat sini, tapi hilang disebabkan tamplete yg baru berseri-seri ini.. alahai.. sayang, kanzzz.
tapi apa boleh buat.. tahi kambing bulat-bulat.. huhuhu